AMSYAR LEEE HADIR DENGAN ‘RASA SAYANG SAYANG’
March 15th, 2024
February 20th, 2024
Setelah menjadi penyanyi pembukaan untuk konsert kumpulan antarabangsa, Coldplay yang diadakan pada 22 November tahun lepas, kini Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini, muncul dengan single terbaru yang berjudul ‘JIWA RAGA’. Single ini merupakan single yang ke-22 sepanjang pembabitan Bunga dalam industri muzik tanah air. Single yang dinantikan ini menjanjikan pengalaman mendalam yang bakal menyentuh jiwa para pendengar.
Dengan lirik yang penuh makna dan melodi yang memikat, ‘JIWA RAGA’ hasil nukilan Bunga sendiri bersama Amzar Sabri dan Bil Musa ini membawa pendengar dalam perjalanan emosi yang dialami oleh sesetengah pendengar. Liriknya, yang penuh dengan rasa penghayatan, mengisahkan tentang perjuangan mencari makna dalam kehidupan dan keyakinan bahawa takdir pasti membawa pertemuan yang diimpikan.
“JIWA RAGA merupakan lagu yang amat istimewa buat Bunga kerana ianya adalah pengalaman yang Bunga lalui sebelum Bunga menceburi dunia seni. Setiap bait lirik di dalam lagu ini menceritakan satu persatu perasaan Bunga dan Bunga melaluinya bersama kakak Bunga,” jelas Bunga sendiri.
Menurutnya lagi, “Bunga berharap ‘JIWA RAGA’ boleh memikat hati para pendengar muzik tanah air dan antarabangsa. Lagu ini amat dekat dengan Bunga dan semoga penyampaian Bunga dalam lagu ini boleh diterima peminat. Terima kasih kerana sentiasa menyokong Bunga dari awal pembabitan Bunga dalam dunia seni”.
Single ini menandakan perkembangan artistik Bunga dalam muzik dan merupakan penyatuan antara keindahan lirik dan susunan muzik yang menawan.
Muzik video ‘JIWA RAGA’ yang menampilkan Bunga sendiri sebagai watak utama ini memainkan mood klasik dan mempunyai jalan cerita yang ringkas dan menarik. Ia menceritakan liku-liku kehidupan seorang kakak dan adik dalam mengharungi cabaran.
‘JIWA RAGA’ boleh didapati di kesemua penstriman digital seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music bermula 2 FEBRUARI 2024 manakala video muzik ‘JIWA RAGA’ boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula 16 FEBRUARI 2024.