Blog / Press Releases

AMSYAR LEEE HADIR DENGAN ‘RASA SAYANG SAYANG’

March 15th, 2024

Dalam satu langkah yang mengasyikkan dunia muzik tempatan, Amsyar Leee atau nama sebenarnya Amir Syafiq yang terkenal dengan lagu Belai duet bersama penyanyi Bunga kini memperkenalkan single terbarunya yang menggetarkan jiwa, berjudul ‘RASA SAYANG SAYANG’. 


‘RASA SAYANG SAYANG’ nukilan oleh Amsyar Leee sendiri bersama dengan komposer yang berbakat seperti Omar K, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan Ese Ellias. Lagu ini menjanjikan penceritaan emosi yang menyentuh hati pendengarnya.


Dengan produksi daripada Omar K dan hasil tangan Jeson Huang untuk proses mix dan mastering, ‘RASA SAYANG SAYANG’ menjanjikan kombinasi bunyi yang segar, mengimbangi lirik-liriknya yang mendalam.


Menurut Amsyar, “Lagu ini bukan sekadar kombinasi melodi yang manis, tetapi turut memaparkan cerita yang mendalam melalui lirik-liriknya yang berbisa. Dari kisah perpisahan hingga usaha untuk memperbaiki hubungan yang retak, ‘RASA SAYANG SAYANG’ memaparkan pengalaman hidup yang dapat dirasai oleh ramai”.


Lirik dalam lagu ini juga banyak menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu klasik seperti,

Tinggi tinggi gunung daik

Tidak semestinya tampak baik


“Saya berharap para pendengar dapat menerima lagu terbaru dari saya ini dan terima kasih kepada para peminat yang menyokong saya dari awal pembabitan saya dalam industri seni tanah air sehingga kini,” jelas Amsyar Leee.


Melalui penggabungan bakat-bakat hebat dalam industri, ‘RASA SAYANG SAYANG’  menjanjikan pengalaman mendengar yang memuaskan kepada peminat-peminat Amsyar Leee dan peminat muzik tempatan.


‘RASA SAYANG SAYANG’ boleh didapati di kesemua penstriman digital seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music bermula 9 FEBRUARI 2024 dan lirik video ‘RASA SAYANG SAYANG boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula 9 FEBRUARI 2024 manakala video muzik ‘RASA SAYANG SAYANG’ boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula 1 MAC 2024.