AMSYAR LEEE HADIR DENGAN ‘RASA SAYANG SAYANG’
March 15th, 2024
June 21st, 2019
Sememangnya karya dari penyanyi dan komposer tersohor Faizal Tahir amat dinantikan oleh peminat. Sejak seminggu yang lalu Faizal sudah mula mengacah peminat dengan lagu terbarunya menerusi laman sosial. Apatah lagi bila diacah dengan sebuah video demo yang dimuatnaik ke saluran YouTube Faizal Tahir pada 17 Jun yang lalu. Hari ini, single terbaharu Faizal yang berjudul ‘Ratu’ dilancarkan secara rasmi. Faizal mengambil masa selama 5 tahun untuk menyiapkan lagu ini dan menukar gubahan muzik sebanyak 6 kali. Ia merupakan balada pertama selepas 2 tahun.
Faizal dan pasukan
produksi muziknya sememangnya sinonim dengan keberanian bereksperimentasi dalam
menghasilkan sajian muzik yang unik. Kali ini ‘Ratu’ menampilkan gubahan muzik
bertunjangkan irama balada piano yang diberi sentuhan elemen kontemporari yang
menjadikan lagu ini berada di kelas tersendiri. Liriknya pula berkisar tentang
luahan rasa seseorang untuk seorang figura wanita yang selayaknya dicintai,
dihargai dan diberi penghormatan tertinggi sebagai ratu hidupnya.
‘Ratu’
merupakan karya ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan dan Mage. ‘Ratu’
diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music
dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ini boleh
didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer,
Joox dan juga Apple Music bermula 21 JUN 2019.