Blog / Press Releases

ANDI BERNADEE MUNCUL DENGAN ‘EH MARI, TENGOK TU’.

February 16th, 2024

Setelah muncul dengan lagu ‘Tetap Tak Ku Rasa’ pada 27 Oktober 2023 yang lepas, kini penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee hadir pula dengan buah tangan pertamanya pada tahun 2024 yang berjudul ‘EH MARI, TENGOK TU’. Lagu ‘EH MARI, TENGOK TU’ merupakan lagu rancak, berlainan dengan ‘Tetap Tak Ku Rasa’. 

Lagu ini merupakan hasil kerjasama yang menarik antara komposer Aniq Iffat dan Iqie Hugh yang memainkan dua peranan termasuklah sebagai Arranger & Keyboard bersama sama dengan John Jeeves dan Felix Voon sebagai Mix & Master Engineer. Dengan lirik-lirik yang menarik disertakan dengan melodi yang rancak dan memikat, ‘EH MARI, TENGOK TU’ mengisahkan tentang kecerdikan seseorang dalam urusan cinta. Dengan tema yang universal, lagu ini mampu merangkumi perasaan dan pengalaman yang dialami oleh banyak individu. "Saya sangat teruja untuk berkongsi karya ini dengan para peminat saya. Saya juga amat berbesar hati kerana dapat menyanyikan runut bunyi untuk drama yang saya lakonkan sendiri ini. Saya percaya lagu ini akan mengusik hati pendengar dengan cara yang unik dan memikat,” jelas Andi Bernadee. 

‘EH MARI, TENGOK TU’ juga merupakan runut bunyi bagi drama bersiri slot Lestary yang berjudul 'Boleh Saya Bantu?' arahan Shuhaimi Lua dibintangi oleh Andi Bernadee, Riena Diana, Mark Adam, Nasz Sally, Wanie Ooi dan Zaid Erakad terbitan Tanah Beris Film Production mulai 2 Februari 2024, setiap hari Khamis hingga Sabtu pukul 9 malam di slot Lestary TV3 atau strim menerusi Tonton.

‘EH MARI, TENGOK TU’ boleh didapati di kesemua penstriman digital seperti Spotify, Apple Music dan YouTube Music bermula 26 JANUARI 2024 manakala lirik video rasmi ‘EH MARI, TENGOK TU’ boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula 26 JANUARI 2024.