Blog / Press Releases

JANJIKU Karya Solo Terbaharu Kaka Azraff

March 26th, 2021

Sejak bergelar ibu, rezeki penyanyi dan pelakon berbakat Kaka Azraff nampaknya semakin murah. Baru sahaja menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) lewat single berhantu ‘Gila’ bersama-sama Noki dan Loca B. Kini setelah lama tidak muncul dengan buah tangan solo terbaharu, bintang jelita itu tampil dengan sebuah karya berjudul ‘JANJIKU’.

 

Lagu ini adalah hasil ciptaan bersama komposer dan penulis lirik prolifik MFMF bersama Tysha Tiar. Ia mengisahkan tentang perjalanan hidup baru Kaka dan segala cabaran yang dihadapinya sebagai seorang ibu dan isteri.

“Semasa diberitahu bahawa kami diminta mencipta lagu buat Kaka, kami terus memikirkan tema apa yang paling sesuai untuk dirinya. Oleh kerana kami tahu dia baru bergelar ibu dengan kelahiran anak lelakinya, kami pun menghasilkan karya ini,” kata MFMF dan Tisha Tiar.

 

Malah menurut MFMF mereka meletakkan diri mereka dalam peranan para ibu (termasuk ibu mereka sendiri) dan membayangkan segala kata-kata serta pesanan yang mungkin mereka sampaikan kepada anak-anak mereka sendiri. Atas dasar itu terlahirlah ‘JANJIKU’.

 

Menampilkan sesuatu yang agak berbeza, 'JANJIKU' dijangka bakal mencuri hati peminat muzik tempatan. Penyedia perkhidmatan internet tersohor negara, Hotlink juga turut berkolaborasi dengan Warner Music Malaysia untuk pelancaran karya #BikinSampaiJadi. Kini rakyat Malaysia boleh #BikinSampaiJadi apa jua yang diingini melalui akses internet, panggilan dan juga hotspot tanpa had dengan pelan Prabayar Hotlink Tanpa Had di Rangkaian No. 1 Malaysia.

 

Sepertimana Kaka dengan segala yang telah dilaluinya untuk mencapai aspirasinya, mesej #BikinSampaiJadi senang dikatakan motto yang tepat untuk memerihalkan mentaliti Kaka. Oleh itu kerjasama ini dengan Hotlink memang kena, dan anda boleh nantikan konten eksklusif yang akan datang dari hasil kolaborasi ini di Facebook Hotlink,” kata Raqeem Brian Pengarah A&R Warner Music Malaysia.

 

Video muzik rasmi ‘JANJIKU’ arahan Adriana Tunku ini mengisahkan tentang kehidupan Kaka Azraff sebagai seorang selebriti, isteri dan juga seorang ibu. Semoga penonton dapat mendalami, menjiwai dan memupuk nilai yang dipaparkan di dalam video muzik ini.

 

‘JANJIKU’ terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music dan video muzik rasmi ‘JANJIKU’ boleh ditonton di Youtube Warner Music Malaysia bermula 26 MAC 2021.