AMSYAR LEEE HADIR DENGAN ‘RASA SAYANG SAYANG’
March 15th, 2024
August 20th, 2021
Gadis berbakat besar dan mempunyai tarikan yang tersendiri, siapa yang tidak kenal dengan Daiyan Trisha. Memulakan karier pada tahun 2014 menunjukkan yang Daiyan Trisha bukanlah pendatang baru dalam industri seni Malaysia. Malahan Daiyan mengorak langkah dengan melibatkan diri dalam penulisan lirik, lakonan dan bidang pemodelan. Antara filem dan telemovie yang dibintangi oleh Daiyan adalah Dee, My Coffee Prince, Buskers dan terbaru Project: Anchor SPM. Kini, Daiyan Trisha atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin yang mempunyai 1.5 juta pengikut di Instagram hadir dengan lagu terbarunya yang berjudul ‘PENAT’.
Dengan menggunakan bakat sebagai penulis lirik, ‘PENAT’ merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Daiyan sendiri manakala bunyi untuk lagu ini dihasilkan oleh Kuizz. Lagu ini mengisahkan tentang patah hati. Bait-bait lirik di dalam lagu ini menceritakan tentang banyak situasi yang boleh menghancurkan hari seseorang antaranya perpisahan yang memedihkan, penantian yang tiada penghujungnya, pemergian orang yang disayangi dan sebagainya.
Jelas Daiyan Trisha, “Bila kita melalui momen patah hati, segala isi dunia perlahan-lahan terhenti. Kita jadi kaku seperti segalanya tidak lagi memegang apa-apa maksud sekalipun. Kita seperti berada dalam keadaan yang kekal penat selamanya, dengan keperitan yang tiada noktah”.
Menurut Daiyan, lagu ini bertajuk ‘PENAT’ kerana ia melambangkan beratnya perkataan tersebut. Seolah kita akan menjadi amat penat kerana memendam pelbagai perasaan. Ia juga bermaksud apabila kita dihadapkan dengan emosi yang terlampau dalam dan berat, kita hanya mampu bersendiri dan menangis sambil berbisik - aku penat.
Lirik video ‘PENAT’ arahan Jasmine Wong ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Penggambaran yang dilakukan di sebuah bilik ini mengisahkan tentang seorang gadis yang sangat penat mengharungi kisah cintanya yang luluh dan pada masa yang sama terpaksa menghadap liku-liku hidupnya dengan keadaan semasa, namun tetap menanti kekasihnya untuk kembali.
Lagu ‘PENAT’ ini sudah boleh didapati di kesemua pelantar penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, dan Deezer bermula 20 OGOS 2021 manakala video lirik rasmi ‘PENAT’ boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula 20 OGOS 2021 jam 8.30 malam