Blog / Press Releases

ChronicalZ Hadir Dengan Susah Reply

December 22nd, 2021

Memulakan kerjaya seninya sebagai seorang rapper pada tahun 2018 dengan lagu yang berjudul ‘Bata Got Hype’, kini ChronicalZ mempunyai 8 buah single sejak tahun 2018. Lagu-lagu nya iaitu ‘Mano Tu?’ pada tahun 2019, ‘Tokyo’, ‘Takyah Semak Circle Aku Please’, ‘Trapenese’, ‘Ye Okkkk’ yang meledak di TikTok, ChronicalZ kembali dengan single terbaharunya "SUSAH REPLY". ChronicalZ bersedia untuk mencipta kejayaan dengan menyertai Black Hat Cat Records dalam matlamatnya untuk meningkatkan bunyi hip hop tempatan.

 

‘SUSAH REPLY’ merupakan ciptaan ChronicalZ sendiri manakala susunan muzik oleh LastKhalif. “Lagu ini menjelaskan sebab seseorang tidak membalas teks dan isu berkaitan dalam talian”, jelas ChronicalZ. Bait-bait lirik di dalam lagu ini banyak menggunakan perkataan yang digunakan oleh remaja generasi kini. Para peminat dan para pendengar muzik dari ChronicalZ ini juga adalah terdiri dari kalangan remaja yang berusia 15 tahun – 25 tahun. Dan bait-bait lirik dalam ‘SUSAH REPLY’ ini tidak asing lagi bagi mereka yang mendengar muzik ChronicalZ sejak kemunculannya dalam industri seni tanah air.

 

ChronicalZ menjelaskan, “Saya berharap dengan keputusan saya untuk mengeluarkan ‘SUSAH REPLY’ bersama Black Hat Cat Records ini dapat menambat hati peminat muzik hip hop tanah air. Saya juga berharap lagu ini dapat menghiburkan para peminat dengan susunan muzik dan liriknya yang boleh dikatakan santai dan senang untuk diingati oleh sesiapa sahaja yang mendengar ‘SUSAH REPLY’ ini”.

 

‘SUSAH REPLY’ terbitan Black Hat Cat Records ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 10 DISEMBER 2021 manakala video muzik rasmi ‘SUSAH REPLY’ boleh ditonton di saluran Youtube ChronicalZ bermula 10 DISEMBER 2021 jam 9 malam.