AMSYAR LEEE HADIR DENGAN ‘RASA SAYANG SAYANG’
March 15th, 2024
March 4th, 2022
Penyanyi rap, penggubah lagu dan pelakon yang kian meningkat naik, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari atau lebih terkenal dengan panggilan Bunga tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Ikat Mati’ yang turut menampilkan rapper tempatan, Aye Darko dan Syifa, terbitan Warner music Malaysia.
Finalis Anugerah Juara Lagu Ke-36 menerusi lagu ‘Intan Payung’ bersama Ratu Etnik negara, Noraniza Idris, terus menerus berkarya setelah single ‘Belai’ duet bersama pendatang baharu, Amsyar Lee, dilancarkan sebulan yang lalu.
“Alhamdulillah, kepercayaan yang diberikan oleh pihak Warner untuk hadir dengan single terbaru disahut dengan baik. Walaupun tarikh pelancarannya agak cepat, namun saya percaya dengan perancangan mereka (Warner) dan pada rezeki,” kata gadis berusia 22 tahun ini.
Lagu ‘Ikat Mati’ dalam nuansa rap moden menampilkan rentak Boom Bap yang diberi nafas baharu di mana setiap rapper menyanyikannya mengikut gaya masing-masing.
“Lagu ini menceritakan tentang perhubungan toksik yang sering terjadi disekeliling kita dan trauma fizikal yang lahir daripada perhubungan yang tidak sihat itu. Aye Darko, Syifa dan saya menyelami permasalah itu melalui rangkap yang kami masing-masing bawakan,” jelas Bunga.
Single ini dicipta sepenuhnya oleh komposer muda, Amirul Ammar Daniel atau Daney dan mengambil masa sekitar seminggu untuk disiapkan.
Akhiri Bunga: “Semoga peminat rap Malaysia terus menyokong karya-karya tempatan dan dapat menerima lagu ‘Ikat Mati’ kerana mesej yang cuba disampaikan. Carilah jalan perdamaian atau jalan keluar jika tiada persefaham, dan kita jaga kita.”
Lagu ‘Ikat Mati’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian urtama seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala lirik video single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Warner Music Malaysia.