Blog / News, Press Releases

'JimbaFest Tanpa Batasan 2019' Kembali Menjelajah Kampus

October 16th, 2019

Warner Music Malaysia (WMM) bersama Digi Telecommunications Sdn Bhd kembali dengan siri jelajah Jimba Fest Tour 2019 yang bakal menggegarkan enam (6) lokasi terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia dari Oktober hingga Disember tahun ini. 

Acara tahunan yang sudah masuk tahun ke-7 penganjurannya ini menyediakan peluang kepada pengkarya seni muzik bagi mendekati demografi golongan pengguna muzik terbesar di Malaysia iaitu generasi belia. Sejak tahun 2012, platform ini memberikan ruang kepada artis untuk mempromosikan karya terbaru mereka serta memberi ruang kepada peminat untuk bertemu lebih dekat dengan artis kegemaran mereka. 

Siri jelajah Jimba Fest Tour 2019 ini akan membawakan persembahan hebat daripada barisan artis-artis popular bawah naungan label WMM seperti Andi Bernadee, De Fam, Amir Hasan, Datin Alyah, Awi Rafael, Aizat Amdan, Kucaimars, Maya Karin, Pasya Mentor, Zaaim Mentor, Luqman Podolski, Layla Sania, Eyza Bahra dan Elizabeth Tan. Membawakan tema ‘Jimba Fest Tanpa Batasan’, WMM berharap pengisian Jimba Fest Tour 2019 ini nanti bakal memberikan impak positif kepada generasi muda dan sekaligus berjaya memartabatkan industri muzik tempatan.

Sempena dengan siri jelajah ini, pelanggan Digi berpeluang untuk mendapatkan pas eksklusif Zon Kuning untuk menonton konsert Jimba Fest dengan lebih dekat, serta mengambil bahagian dalam pertandingan khas untuk memenangi pas eksklusif “Meet-and-Greet” artis kegemaran mereka. Bukan itu sahaja, tiga pelanggan Digi yang bertuah turut berpeluang untuk memenangi sesi khas makan malam bersama artis WMM.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik di gerai pameran Digi seperti  pertandingan kejohanan mini Republic GG, pertandingan menari serta peluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah dari Digi. Untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti Digi di Jimba Fest Tour 2019,  layari http://digi.my/jimbafest2019 .

Berikut merupakan senarai penuh tarikh dan lokasi siri jelajah Jimba Fest Tour 2019: 

Tarikh

Lokasi

22 Oktober 2019 (Selasa)

Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

16 November 2019 (Sabtu)

Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu.

20 November 2019 (Rabu)

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

30 November 2019 (Sabtu)

Universiti Teknikal Malaysia (UTeM), Melaka.

1 Disember 2019 (Ahad)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sri Iskandar, Perak.

3 Disember 2019 (Selasa)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor.

WMM menjanjikan persembahan yang  bakal disajikan di Jimba Fest Tour 2019 nanti akan menepati citarasa muzik anda. Nantikan siri jelajah Jimba Fest Tour 2019 sepanjang Oktober hingga Disember tahun ini datang ke kampus berdekatan dengan anda!